Assalamualaikum dan Salam Ceriaa!
Kalini sy ingin berkongsi perkongsian percuma dari saudara Zarul Umbrela (vokalis Umbrela)
Ebook percuma dari saudara zarul umbrella menerangkan fakta-fakta dalam nyanyian. Sy dapati rupanya ada banyak lagi fakta2 nyanyian,ingat semudah bersuara dan mengalun suara ‘merdu’ sy saja..:)
Saudara Zarul menerangkan bermula kefahaman fakta asas berkaitan 5 Komponen Asas Nyanyian iaitu:-
1. Pernafasan
2. Rhythm/Irama
3. Pitch/Nada
4. Suara
5. Sebutan
Fakta Berkualiti
Fakta ke 8 menerangkan pentingnya bernafas secara tepat daripada diafragma. Perhatikan
Sebagaimana pernafasan seorang bayi, begitulah asas pernafasan yang betul. Ia dilakukan tanpa menggerakkan bahu anda dan dada anda hanya
minimum pergerakannya. Anda hanya perlu amalkan 1 teknik pernafasan dengan menumpukan pada pergerakan perut anda ke dalam dan ke luar.
Fakta ke-17 jangan biasakan diri dengan tak sengaja (atau sengaja) terikut-ikut cara nyanyian penyanyi asal. Untuk menjadi hebat mesti mempunyai identiti sendiri, termasuk identity suara.
Fakta ke-12 paling berharga buat sy. Anda didedahkan bagaimana rahsia penjagaan kualiti suara oleh artis tempatan dan antarabangsa. Cara ini amat praktikal dan dapat dilaksanakan sesiapa saja!. Anda boleh mula belajar teknik pernafasan yang betul dengan fakta ini.
Fakta pelik tapi benar adalah fakta ke-19. Bagaimana anda perlu menggunakan cermin adalah alat yang penting dalam pembelajaran vocal? Rahsia ini hanya didedahkan dalam edisi percuma ini. Sy juga agak truja apabila sy berasa selesa apabila menyanyi sambil berdiri tegak dengan
membuka mulut dengan sepatutnya!
Fakta ke-23 menerangkan 2 kelompok makanan yang perlu anda kurangkan dan elakkan.
Ingin menyanyi sebentar lagi? Ketahui apa yang perlu anda elakkan dan mengapa perlu dielakkan sebelum nyanyian dalam fakta ke -25. Fakta ini menerangkan sebelum memulakan nyanyian,elakkan dari berada di tempat yang berhawa dingin sekurang-kurangnya 2 jam sebelum anda Menyanyi.
Bagi penggemar karaoke, fakta ke-30 amat sesuai sebagai road to better singger.
Berbaloikah Memilikinya?
Sungguhpun sy bukan penyanyi amatur professional, sy merasakan ebook ini amat membantu dalam mendalami lagi pengetahuan nyanyian. Jadi, selepas ini sy akan lebih insaf dan menghargai kerjaya seni, memandangkan kerjaya ini bukan semudah yang kita dengar. Malahan, persembahan yang santai dan fakta tepat to the point menjadikan naskah ini tidak bosan untuk ditatap.
Itulah beberapa perkongsian (yang sempat sy coretkan..,kalau nak ikut mau jer tulis semua..) fakta menarik dalam dunia seni suara. Anda boleh dapatkannya lanjut di link ini.
Oh ya, 1 lagi yg tak kurang pentingnya-jika anda mahu memperindahkan lagi alunan merdu suara anda, anda harus berpegang pada fakta ke 50 ini,-Menyanyilah dimana saja dan seeloknya adakan jadual latihan supaya suara anda menjadi semakin fleksibel hari ke hari, konsep yang sama terpakai juga dengan ahli sukan berlatih dan terus berlatih! Dapatkannya percuma sekarang di rahsiavokal.com…search bahagian ebook percuma 50 Fakta & Tips Nyanyian..
Good Luck