Sangat TERUJA..itulah ayat yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan sy apabila mula membaca buku tulisan best seller dan juga millionaire yang berasal daripada Singapura, Adam Khoo yang bertajuk Secret of Self-made Millionaires. Setiap helaian yang dibaca akan mendorong saya untuk terus membaca tanpa rasa bosan atau skip mana2 ayat atau perenggan..menggunakan simple English,pendekatan Adam Khoo sangat santai dan tulisannya terasa dekat dengan pembaca. Beliau mensarankan pembaca untuk memperuntukkan 10 hari untuk menghabiskan bacaan ebook ini, namun saya mengambil masa 9 hari kerana dalam 1 hari saya cuba membaca dalam 40 hingga 50 m/s…so 9 hari dah boleh khatam…
Bermula dari aspek memiliki mindset seperti jutawan,kemudian kepada aspek pengurusan kewangan, seterusnya kepada ilmu di dalam menjalankan perniagaan di internet dan akhirnya kepada ilmu pelaburan untuk tujuan menambah kekayaan.
Antara yang menarik perhatian sy adalah tajuk di bab 2, 9 habit Self-Made Millionaires yang dikupas dengan menarik sekali. Antara yang terkena batang hidung saya sendiri adalah –take 100% responsibility..berhenti menyalahkan diri sendiri, orang lain dan persekitaran..kadang2 kita seolah-olah menjadi mangsa (victim) semata-mata untuk memujuk hati dan mungkin juga menyelamatkan diri sendiri dari dipersalahkan orang lain..
Apa yang anda boleh dapat daripada buku ini:
1. 7 langkah untuk melonjakkan kewangan anda
2. 9 habit self-made millionaire
3. Bagaimana Si kaya menguruskan kewangan mereka
4. Bagaimana meningkatkan pendapatan tanpa perlu berhenti kerja
Dimana boleh didapati:
- Sila layari adam-khoo.com untuk dapat kan ebook dengan harga $97.00 $19.95 (selepas diskaun..heh).




